Though dah agak tlambat, aku nak citer sket pasal benda menakjubkan yg berlaku dlm hidup aku.. bukan baru sgt la.. rezeki kot.. aku dapat johan pertandingan menulis sajak al-falak peringkat negeri Pulau Pinang. Bukan nak berlagak tapi aku cuma nak share kegembiraan aku ngan suma bloggers.. x salah kan.. kat sini aku sertakan sajak aku tuh.. hope korang dapat inspirasi tuk truskan hidup drpd sajak yg aku cipta nih..
p/s: thanks to Kak Ella yg dah publish sajak aku nih kat blog dia.. kan
dh x jd surprise.. (nih perli ke apa?)
Ku renung langit itu,
Hitam, gelap, sunyi, lewat malam ini,
Lalu aku mencari,
Mencari kerdipan bintang yang seakan senyum padaku,
Mencari kerdipan bintang yang menghilangkan resahku.
Apa benar cahaya yang terang itu bintang?
atau sekadar satelit kecil melingkari,
atau sekadar asteroid yang menemani.
atau mungkin juga Cassiopeia ku yang sepi.
Ku renung langit itu,
Dan sang suria itu bersinar terang seakan sedang menyapa,
Dan duniaku yang melingkarinya membentuk suatu angka,
Dan sang suria itu bersinar terang seakan membawa petanda,
Jangan bersedih wahai diri,
Kau punya angkasa yang sedia menemani,
Sebagaimana bintang yang tak akan pernah pergi,
Walau bagaimana kesedihan melewati.
Ya benar bintang itu membikin aku percaya,
Aku tidak pernah hidup sendiri,
Walau bagaimana gagal mendatangi,
Serpens, Orion, Lacerta pasti akan menemani,
Eridanus, Cepheus, Centaurus pasti di sisi.
Dan mimpiku itu lebih tinggi berbanding Gunung Mistik,
Dan mimpiku itu lebih jauh dari sang Crater.
Dan aku punya harapan,
Harapan agar kejayaan aku lebih dekat berbanding Andromeda.
Dan bukankah Sheikh Muszaphar itu sendiri pernah berkata,
Kau harus punya impian besar,
Kau harus berusaha gigih,
Kau harus percaya pada diri.
Ya aku percaya,
Bahawa langit itu bukan batasku,
Megrez itu bukan penghalangku,
Antlia itu bukan akhirku.
Aku ini umpama Sagittarius,
Di tengah Bima Sakti ia bersinar,
Moga sinaranku juga bisa dilihat orang,
Moga pancaranku juga bisa menerangi malam.
Aku ini umpama Polaris,
Dan ia tidak berubah mengikut waktu,
Moga aku kekal begini,
Kekal jadi diriku sendiri.
Aku adalah bintang,
Aku adalah galaksi,
Aku adalah segalanya di langit itu,
Dan selagi kalian melihat langit,
Kalian bisa melihat aku.
Kerna bintang harapanku berada di situ.
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, August 18, 2010
DRAMATICIANS
Cam sebelum nih aku cakap aku nk jd pengarah filem.. aku berjaya realisasikan impian nih dengan jd pengarah untuk projek drama 5 Zeta.. ya aku Atezevif sebenar.. yup.. budak klas aku mmg tahu yg aku minat mengarah..so dorang kasik pluang nih kat aku..aku buat dlam 2 vesi ttp memandangkan competition yg kitorang join tuh for English week so aku gunakan versi bi..
Drama kami A Gift from Heart.. drama pertama arahan aku dan Alhamdulillah.. kitorang berjaya jadi juara menewaskan 6 klas yg lain.. yup aku bangga..
Drama kami A Gift from Heart.. drama pertama arahan aku dan Alhamdulillah.. kitorang berjaya jadi juara menewaskan 6 klas yg lain.. yup aku bangga..
Tuesday, August 17, 2010
Impian??
Impian??
nih pasal impian.. apa impian korang??
Ok.. pasal cita-cita la kan.. apa cita-cita korang..
Doctor? Cikgu? Jurutera? Polis? Bla..bla..
Nih impian yg sgt klise dgn budak2 skool esp budak2 sains..
Kalau budak2 lak.. benda yg dorang slalunya akn jwb ialah penyanyi, pelakon, puteri raja, prince charming, robot n so on…
Aku??
Aku nk jadi sesuatu yg lari dari kebiasaan..
Aku nak jd ..
Aku nak jd ..
Aku nak jd ..
Aku nak jd ..
PENGARAH FILEM..
Apa pendapat korang…
Seriously klu korang baca blog aku nih please antar komen pasal cita-cita aku nih kat adeiyprince412_examkiller@yahoo.com
@ direct komen kat facebook aku.. Adeiyprince Examkiller
Aku.. nak sgt jadi pengarah filem..
Aku rasa bila aku dapat jadi pengarah filem.. aku dapat jadi semua benda yg aku nak jadi.. aku dpt reka semua jenis watak yg semua org idamkan..
Sebab kdg2..
Jadi diri sendiri pun dah terlalu penat.. rasa nak melayang jauh dari dunia nih..
Sementara aku masih hidup.. aku nak cuba jadi semua benda.. aku nak cuba capai impian aku.. aku nk capai tahap sasterawan.. aku nak cuba arah filem yg leh kasi org nangis, ketawa.. senang cakap.. leh sentuh hati org… tapi aku tak nak lepasi batasan syariah.. so.. aku fikir kalau x dpt jd pgarah filem.. aku nak jd seseorang yg boleh berkongsi cerita dengan orang… novelist ke.. komikus ke.. tengoklah
Satu benda yg aku sgt terharu bila teacher pahneem cakap yg aku dare to be different.. ya..aku betul2 nak cuba lari dari kebiasaan hidup org lain..
Yup mungkin korang akan kata.. notaboy nih sgt berlagak dgn impian dia.. klu dia tak dapat jadi.. mesti dia malu.. tapi aku rasa tak.. aku pegang pada kata2 Mejar Azmi.. kalau kita nak berjaya.. kita kena hebohkan impian kita.. biar semua org tahu.. nih akan bagi semangat pada kita ntuk berusaha capai impian nih sebab klu tak berjaya kita akan malu.. tol x??? Mejar Azmi gak pernah cakap:-
Belajar tinggi-tinggi,
Pangkat berjalur-jalur atas bahu,
Tapi tak sembahyang tak berguna..
Sembahyang itu tiang agama..
Aku akan berusaha untuk terus berpegang pada kata-kata nih.. insya-Allah aku akan berjaya..
Subscribe to:
Comments (Atom)